Carian

Muhamad Rais Abd Halim

Muhamad Rais Abd Halim

Website URL: http://rais.my
Wednesday, 16 February 2011 19:47

Codeigniter – remove index.php (mod rewrite)

Kepada yang biasa dengan codeigniter, Tentu sekali ingin menampakkan aplikasi mereka lebih profesional atau menjadikan aplikasi Search Engine Friendly (SEO).

URL lalai pada codeigniter :
http://localhost/mykid/index.php/objek/method

Anda boleh tukar URL kepada :
http://localhost/mykid/objek/method

Perkara tersebut mudah dengan beberapa langkah.

1. Buka fail config.php.
2. Cari baris -> $config['index_page'] = “index.php” dan tukar kepada $config['index_page'] = “”.
3. Jangan lupa save.
4. Buat satu fail .htaccess pada folder codeigniter.
5. Isikan fail .htaccess dengan kod di bawah ;
------------------------------

<ifmodule mod_rewrite.c="">
RewriteEngine On
RewriteCond %{REQUEST_URI} ^system.*
RewriteRule ^(.*)$ /index.php/$1 [L]
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-f
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-d
RewriteCond $1 !^(index\.php|images|robots\.txt|css)
RewriteRule ^(.*)$ index.php/$1 [L]
</ifmodule>
<ifmodule !mod_rewrite.c="">
ErrorDocument 404 /index.php
</ifmodule>

------------------------------
6. Dan jangan lupa enable mod_rewrite pada apache.
7. Restart apache.

Itu sahaja.

Dan anda juga boleh menjadikan URL anda seperti berikut ;
1. http://localhost/mykid/objek/method.html atau
2. http://localhost/mykid/objek/method.asp atau
3. http://localhost/mykid/objek/method.rais

Anda cuma perlu ubah fail config.php dan cari baris $config['url_suffix'] = “” dan tukar kepada $config['url_suffix'] = “.html” atau $config['url_suffix'] = “.asp” atau $config['url_suffix'] = “.rais”.

Mungkin mereka tertanya-tanya, apakah programming yang anda gunakan untuk sistem anda.

 

Sumber : rais.my

Tuesday, 04 January 2011 10:44

Tabung keprihatinan Untuk Masyarakat

 

Tahniah kepada En Lokman Hakim Jamil kerana telah terlibat dalam satu program kemasyarakatan mengumpul dana bersama-sama dengan penduduk Kampung Parit Rantau dan menyampaikan tabung keprihatinan masyarakat kepada penduduk kampung.

 

Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu penduduk kampung dalam meringankan kewangan terutama penduduk kampung berpendapatan rendah dalam menghantar anak-anak ke sekolah. Selain daripada itu, sumbangan ini juga membantu kampung dalam menjalankan aktiviti-aktivit kampung dengan lebih lancar.

Tuesday, 07 September 2010 16:03

Salam Aidilfitri

Kami staf Pusat Teknologi Maklumat menyusun sepuluh jari memohon keampunan sempena keberkatan Ramadhan dan kedatangan Syawal ini. Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Harap ampuni segala keterlanjuran. Semoga silaturrahim yang terjalin kekal dengan dipenuhi dengan rahmat dariNya.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Galeri Khatam Al-Quran PTM :  http://l3ss.me/3C


You are here