Carian

Pembangunan Laman Web

E-mail Print PDF

Sumber : Garis panduan pembangunan laman web agensi kerajaan ( MAMPU )

Laman web agensi-agensi sector awam perlu mempunyai ciri – ciri asas mandatory seperti berikut :

  1. Menyediakan penyataan perkataan laman web rasmi.
  2. Meletakkan jata kerajaan sekurangnya pada muka hadapan laman web dan di muka – muka lain mengikut kesesuaian.
  3. Meletakkan logo rasmi agensi sekiranya ada pada laman web.
  4. Menyediakan penyataan pengenalan agensi.
  5. Memaparkan dasar – dasar utama agensi.
  6. Memaparkan piagam pelanggan agensi.
  7. Menyatakan maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
  8. Menyediakan maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon, facsimile, alamat dan e-mel agensi bagi memudahkan pengguna berhubung dengan agensi.Direktori kakitangan agensi yang mengandungi nombor telefon dan e-mel hendaklah disediakan mengikut bidang tugas atau fungsi agensi.
  9. Memaparkan soalan – soalan lazim yang kerap diajukan oleh orang awam beserta jawapan.
  10. Menyediakan penyataan penafian terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web agensi.
  11. Menyediakan Dasar Privasi yang merupakan dasar agensi di dalam mengurus, melindungi dan mengedar maklumat yangs ensatif.
  12. Menyediakan Dasar Keselamatan yang merupakan dasar yang diguna pakai oleh sesebuah agensi dalam mengurus, melindungi dan mengedar maklumat yang sensatif.
  13. Menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk memberi komen, maklumbalas, pertanyaan dan cadangan kepada agensi melalui laman web masing – masing.
  14. Menyediakan fungsi luput secara automatik bagi maklumat yang mempunyai tempoh tamat seperti pengiklanan tender, pengiklanan perkhidmatan dan sebagainya.
  15. Menyediakan kemudahan carian.
  16. Menyediakan kandungan laman web sekurang-kurangnya di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi agensi yang mempunyai pelanggan bukan warganegara Malaysia .
  17. Menyediakan pautan ke myGoverment dengan meletakkan logo myGoverment.
  18. Agensi yang melaksanakan aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia perlulah meletakkan logo MSC Malaysia
  19. Menggunakan domain “gov.my”
  20. Menyediakan notis hak cipta sesebuah laman web.
You are here