Carian

Pengenalan

E-mail Print PDF
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dapat memberi sumbangan ke arah kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran. Kemudahan ICT yang mencukupi dan terkini adalah penting bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan yang berkualiti, mempertingkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R & D), mempertingkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran serta menjadikan warga universiti yang bermaklumat, berpengetahuan dan berkemahiran untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang paling berkesan bagi mencapai aspirasi universiti.

UTHM komited untuk mewujudkan persekitaran ICT yang melampaui kehendak pelanggan dengan menyediakan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi.
You are here