Carian

MAKLUMAT AM

E-mail Print PDF

Rangkaian UTHM yang dipusatkan ke sistem pelayan melalui talian tulang belakang (backbone) gentian optik menggunakan 2 enjin rangkaian utama atau Core Switch iaitu 3Com 8814. Rangkaian utama ini di sokong oleh 4 switch agihan atau Distribution Switch yang terdiri daripada model 3Com 8807 dan 3Com 7700R. Kesemua model switch ini mampu mengalirkan data sehingga 10 Gbps dengan menggunakan teknologi Gigabit. Semua kawalan, pemantauan dan pengurusan switch di laksanakan menggunakan 3Com Network Director.

Sambungan rangkaian UTHM ke dunia luar melalui talian litar suwa telah dinaiktaraf dengan kelajuan 10 Mbps pada Februari 2007 di mana talian ini menyokong keseluruhan kemudahan internet di Kampus Induk, Asrama Desasiswa Pangsapuri, Asrama Desasiswa Taman Melewar dan Pejabat Palapes. Manakala untuk Kampus Bandar, talian litar suwa dengan kelajuan 2Mbps telah diperuntukkan khas untuk menyokong keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pada pertengahan 2004, UTHM telah mengorak selangkah lagi dengan penggunaan teknologi Wireless Bridging RF di mana jaringan rangkaian kampus induk telah diperluaskan ke kawasan luar kampus seperti Pangsapuri, Taman Melewar, Pejabat PALAPES dan kampus kedua yang dinamakan Kampus Bandar. Rangkaian Kampus Bandar UTHM ini juga telah dinaiktaraf melalui penggunaan talian litar suwa atau leased-line pada penghujung tahun 2005 yang lalu manakala rangkaian wireless broadband pula akan dijadikan laluan ‘backup’. Sekiranya capaian Intranet daripada litar suwa terputus atau terganggu, ‘wireless broadband’ akan menggantikan fungsi litar suwa dan sebaliknya melalui kaedah ‘load balancing’. UTHM telah menaiktaraf Wireless Bridging RF yang sedia ada dengan memperkenalkan teknologi Wireless Laser di antara Kampus Induk dan Asrama Desasiswa Pangsapuri pada Disember 2006 dengan kelajuan 100Mbps.

alt

Rajah 1 : Jaringan Rangkaian Wireless Bridging UTHM

Pihak Pengurusan Pusat Teknologi Maklumat juga telah mengambil inisiatif untuk membangunkan kemudahan rangkaian tanpa wayar dan keselamatan wayarles pada Disember 2006. Ketika ini, hampir 90 peratus kawasan kampus telah disediakan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar terutamanya di asrama pelajar, cafe dan bilik-bilik pensyarah. Dijangka dengan perlaksanaan projek ini, dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian wayarles (WLAN) dan Internet pada masa kini serta akan datang di UTHM terutamanya dalam melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri asas rekabentuk rangkaian tanpa wayar yang telah dibangunkan :

  • Pembangunan Sistem Rangkaian Tanpa Wayar UTHM menggunakan teknologi "Thin AP" dimana Tiada konfigurasi dan penetapan pada Access point kerana segala konfigurasi dilakukan sepenuhnya pada Mobility Controller.
  • Redundancy dan High Availaibility pada server yang mengawal dan mengurus Access Point untuk mengelakkan kegagalan pada sistem rangkaian tanpa wayar.
  • Access Point yang digunakan disertakan bersama peralatan yang berkeupayaan menjejak penceroboh atau Rogue AP.
You are here