Carian

PERKHIDMATAN WAYARLES DIPERTINGKAT

E-mail Print PDF

Pusat Teknologi Maklumat telah meningkatkan kualiti perkhidmatan wayarles melalui Projek Penggantian Infrastruktur Wayarles fasa pertama yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Ini merupakan salah satu Key Performance Index (KPI) yang perlu dicapai oleh Pusat Teknologi Maklumat pada tahun ini.

Projek fasa pertama ini melibatkan pemasangan 200 unit Indoor Wireless Access Point  dan 5 unit Outdoor Wireless Access Point  baharu di beberapa lokasi tumpuan pengguna yang telah dikenalpasti di dalam Kampus Utama dan Kolej Kediaman Universiti. Di antara lokasi yang terlibat dalam projek fasa pertama ini adalah : 

  1. Perpustakaan Tunku Tun Aminah
  2. Dewan Seminar Blok B3 (kawasan terbuka)
  3. Arked Kompleks Kuliah G3 (kawasan terbuka)
  4. Dewan Terbuka / Perhentian Bas / ATM (kawasan terbuka)
  5. Stadium Bola Sepak / Gymnasium (kawasan terbuka)
  6. Dewan Sultan Ibrahim 
  7. Kolej Kediaman Tun Syed Nasir 
  8. Kolej Kediaman Tun Dr Ismail
  9. Kolej Kediaman Tun Fatimah
  10. Kolej Kediaman Perwira

Selain daripada itu, projek fasa pertama ini juga melibatkan Sistem Pengurusan Wayarles yang membolehkan Pusat Teknologi Maklumat melaksanakan perancangan, pengurusan dan pemantauan infrastruktur wayarles Universiti. Sistem ini dilengkapi dengan teknologi VisualRF yang menggunakan kaedah Heatmap bagi mengetahui kawasan liputan wayarles secara visual. Dengan adanya sistem ini, perancangan dan pengurusan infrastruktur wayarles Universiti dapat dilaksanakan secara sistematik dan efisyen.

 

  airwave3

 

Contoh 1 : Sistem Pengurusan Wayarles (Heatmap), Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Aras Bawah 

  

airwave2

 

Contoh 2 : Sistem Pengurusan Wayarles (Heatmap), Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, Blok A, Aras 1 

 

Dengan terlaksananya projek fasa pertama ini, pengguna wayarles dapat menikmati penggunaan wayarles yang lebih berkualiti bagi menyokong proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti. Pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan wayarles ini dengan menggunakan pelbagai jenis komputer riba dan telefon pintar.

Usaha penambahbaikkan kualiti perkhidmatan wayarles seperti ini akan diteruskan oleh Pusat Teknologi Maklumat melalui fasa yang seterusnya akan datang. 

 

 

 

 

You are here