Carian

TEKNOLOGI WAYARLES DIGUNAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA NAIB CANSELOR DAN REKTOR IPTA 2014

E-mail Print PDF



15 Disember 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sebanyak 20 buah IPTA telah menyertai mesyuarat kali ini yang melibatkan Naib Canselor dan Rektor seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pusat Teknologi Maklumat berperanan dalam menyediakan kemudahan ICT bagi mesyuarat tersebut yang melibatkan penyediaan Sistem E-Mesyuarat secara atas talian, komputer riba dan jaringan rangkaian.

Pendekatan terkini yang dilaksanakan oleh Pusat Teknologi Maklumat di dalam penyediaan kemudahan ICT untuk mesyuarat tersebut adalah dengan menggunakan teknologi wayarles 802.11n secara total. Sebanyak 9 unit titik akses wayarles telah dipasang di sekitar Dewan Sultan Ibrahim bagi memastikan capaian wayarles meliputi kesemua kawasan yang terlibat.

Dengan penggunaan teknologi wayarles ini, pendawaian rangkaian dapat dimininumkan dan para tetamu dapat menggunakan telefon pintar untuk akses ke internet. Ini sekaligus membuktikan bahawa teknologi wayarles kini diyakini akan kemampuannya bagi menggantikan pendawaian rangkaian untuk program - program Universiti akan datang.


alt

You are here