Carian

PERKHIDMATAN WIFI UNTUK TETAMU UNIVERSITI

E-mail Print PDF

 

Perkhidmatan WiFi untuk tetamu Universiti telah diimplementasi melalui kaedah Self-Registration mulai Januari 2015. Tujuan kaedah ini diperkenalkan adalah untuk menambahbaik dan memperkemas sistem perkhidmatan WiFi kepada para tetamu Universiti. Melalui kaedah ini, para tetamu Universiti yang ingin menggunakan perkhidmatan WiFi di UTHM dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki sistem rangkaian Universiti. Sistem pendaftaran yang disediakan adalah berkonsepkan Self-Registration yang mudah untuk para tetamu dan sesuai digunakan untuk semua perkakasan seperti komputer riba, telefon pintar dan lain - lain.

 

Gambar 1 : WiFi Self Registration menggunakan Telefon Pintar

 

Para tetamu Universiti yang menggunakan perkhidmatan WiFi akan diberikan laluan rangkaian yang berasingan daripada staf dan pelajar Universiti supaya keselamatan rangkaian dapat dipertingkat. Sehubungan dengan itu, para tetamu Universiti yang ingin menggunakan perkhidmatan WiFi di UTHM perlu menggunakan Service Set identifier (SSID) "UTHM Guest" untuk tujuan tersebut. Selain itu juga, para tetamu dikehendaki mendapatkan e-mail tajaan daripada staf UTHM untuk meluluskan permohonan perkhidmatan WiFi Universiti. Para tetamu boleh merujuk atau mendapatkan e-mail daripada mana - mana staf UTHM yang membawanya sepanjang berada di UTHM.



Gambar 2 : SSID "UTHM GUEST" untuk WiFi Tetamu UTHM

 

Para tetamu yang telah mendapat akses ke rangkaian UTHM boleh menggunakan kemudahan internet Universiti. Selain itu, tempoh masa yang dibenarkan untuk perkhidmatan ini hanya satu hari iaitu 24 jam selepas pengguna aktif. Walaubagaimana pun bagi para tetamu yang ingin menggunakan perkhidmatan WiFi lebih daripada satu hari boleh menghubungi Helpdesk, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk memanjangkan masa penggunaan. Diharapkan dengan wujudnya kaedah Self-Registration ini, para tetamu Universiti boleh menikmati kemudahan internet secara percuma yang disediakan di UTHM dengan lebih berkesan dan mudah. Manual pengguna juga telah disediakan bagi memberi garis panduan kepada para tetamu untuk menggunakan perkhidmatan WiFi di UTHM. Sila layari pautan ini.

 

 

You are here