Carian

Jawatankuasa

E-mail Print PDF

Pihak Berkuasa ICT

1.0 Jawatankuasa ICT Universiti.

1.1 Tanggungjawab

Jawatankuasa ICT Universiti bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Eksekutif Universiti.

1.2 Bidang Tugas

  • Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pelaksanaan ICT universiti.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan program/ projek-projek ICT universiti.
  • Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT universiti agar selari dengan pelan strategik ICT universiti, pelan strategik ICT kementerian dan pelan strategik ICT sektor awam.
  • Meluluskan projek ICT universiti yang bernilai di antara RM 200 000 – RM 1 juta.
  • Memperakukan projek ICT Universiti yang melebihi 1 juta untuk kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Universiti.
  • Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT universiti serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan ICT.
  • Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT.
  • Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang telah diluluskan kepada Jawatankuasa Eksekutif Universiti.

1.3 Ahli Jawatankuasa ICT Universiti

Pengerusi : Lantikan oleh Rektor
Ahli Jawatankuasa : Lantikan oleh Rektor
Urusetia : Pusat Teknologi Maklumat

2.0 Jawatankuasa Penilaian dan Perolehan Teknologi Maklumat (JPPTM)

2.1 Tanggungjawab

JPPTM bertanggungjawab kepada Jawatankuasa ICT Universiti.

2.2 Bidang Tugas

  • Menyelaras keperluan ICT untuk semua PTJ.
  • Membuat penilaian teknikal dan memberi khidmat nasihat mengenai cadangan pembelian perkakasan dan perisian komputer, memastikan perolehan menyetujui Polisi ICT Universiti, piawaian dan keperluan-keperluan perundangan termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan pekerja, isu-isu keselamatan dan undang-undang hak cipta perisian.
  • Memastikan semua PTJ bersedia dengan keperluan ruang / tempat, aspek keselamatan dan lain-lain sebelum perolehan dipertimbang dan diperakukan.
  • Memperakukan permohonan pembelian perkakasan, perisian dan rangkaian komputer dari semua PTJ yang bernilai kurang RM 200 000.
  • Melaporkan perkembangan setiap perolehan yang diluluskan / diperakukan kepada Jawatankuasa ICT Universiti.
  • Menyebarkan maklumat mengenai isu-isu terkini Teknologi Maklumat kepada semua PTJ.
  • Menyediakan piawaian teknikal perkakasan dan perisian ICT yang boleh diguna sebagai rujukan dan garis panduan oleh semua PTJ apabila menyediakan dokumen perolehan dan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut perkembangan teknologi.

2.3 Ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian dan Perolehan Teknologi Maklumat (JPPTM):-

Pengerusi : Pengurus Pusat Teknologi Maklumat
Ahli Jawatankuasa :

  • Ketua Pegawai Sistem Maklumat.
  • Ahli-ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi.

Urusetia : Pusat Teknologi Maklumat


3.0 Jawatankuasa Teknologi Maklumat Bahagian (JTMB)

3.1 Tanggungjawab

JTMB bertanggungjawab kepada Ketua Pusat Tanggungjawab.

3.2 Bidang Tugas

  • Merancang Keperluan ICT Pusat Tanggungjawab.
  • Menyelaras perolehan perkakasan dan perisian komputer di setiap PTJ.
  • Menyemak spesifikasi teknikal sebelum dimajukan ke JPPTM.
  • Mengawal dan menyelia semua alatan ICT PTJ.
  • Mengenalpasti kelengkapan ICT yang hendak dilupuskan dan majukan kepada JPPTM.

3.3 Ahli Jawatankuasa Teknologi Maklumat Bahagian

Pengerusi : Ketua Pusat Tanggungjawab
Ahli Jawatankuasa :

  • Ketua Jabatan / Unit
  • Ahli-ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi.

Urusetia : Bahagian/Jabatan.

You are here