Carian

Mengenai PTM

E-mail Print PDF

Pusat Teknologi Maklumat yang dulunya dikenali sebagai Pusat Komputer telah memulakan operasinya pada Disember 1994. Pada awal penubuhan, fungsinya sebagai Pusat Komputer lebih tertumpu kepada perkhidmatan perkomputeran untuk staf dan pelajar memandangkan penggunaan IT tidak begitu meluas pada ketika itu, namun kini pentadbiran Pusat Teknologi Maklumat menguruskan segala yang berkaitan dengan ICT di universiti samada daripada perisian, perkakasan dan infrastruktur malah perancangan ICT masa depan universiti. Dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh PTM hari ini tidak terbatas kepada pelajar dan staf sahaja, khidmat nasihat ICT juga diberikan kepada komuniti di sekitar universiti termasuk sekolah-sekolah dan penduduk sekitaran.

Pengurus PTMDari segi pengurusan teknologi maklumat, PTM telah berjaya membantu pihak universiti dalam mengurustadbir dan memberi perkhidmatan yang cekap kepada pelajar dan staf dari hari pertama mereka bersama universiti sehingga mereka meninggalkan universiti samada sebagai graduan bagi pelajar maupun sebagai pesara bagi staf. Ini dibantu dengan penggunaan aplikasi atas talian yang semakin meluas membolehkan perhubungan di antara staf dan pelajar dibuat dengan lebih baik walau di mana juga mereka berada.

Manakala dari segi pembangunan infrastruktur ICT samada dari segi rangkaian komputer dan sebagainya PTM telah berjaya memberikan khidmat yang baik dengan berupaya menyambungkan kampus-kampus utama dengan dunia luar melalui laluan litar suwa yang diperolehi daripada Jaring dan juga TMNet. Rangkaian-rangkaian komputer kampus juga berhubung baik samada secara rangkaian fizikal seperti gentian fiber maupun rangkaian tanpa wayar (wireless) ke semua desasiswa UTHM dan juga kepada kampus bandar UTHM yang berada di Pekan Parit Raja. Prasarana yang terdiri daripada makmal-makmal komputer juga berjaya diuruskan dengan memberikan khidmat pandang dengar kepada para pelajar dan tenaga akademik universiti dalam membantu pembelajaran harian.

Pengumuman naiktaraf KUiTTHO kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) secara tidak langsung memberi kesan terhadap fungsi dan pembangunan Pusat Teknologi Maklumat dalam mengharungi cabaran globalisasi. Pembangunan UTHM yang semakin pesat dan kapasiti staf dan pelajar yang sentiasa bertambah dari tahun ke tahun merupakan satu cabaran dalam memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

You are here