Carian

Bahagian Sistem Maklumat

E-mail Print PDF

Pengenalan Bahagian Pembangunan Sistem Maklumat

Bahagian Pembangunan Sistem Maklumat adalah bahagian yang membangunkan sistem-sistem maklumat asas universiti dalam membantu melancarkan pengurusan UTHM samada dari segi kewangan, perkhidmatan staf dan yang paling utama pengurusan bahagian akademik iaitu pengurusan maklumat pelajar dan yang berkaitan dengannya. Ia juga memberi khidmat nasihat kepada keperluan sistem-sistem maklumat terkini dan juga membantu dalam penyelenggaraan sistem-sistem maklumat tersebut agar berfungsi dengan efektif dan efisyen.

Sistem-sistem maklumat yang diuruskan oleh bahagian ini adalah berpusat kepada sistem asas dan yang paling utama adalah Sistem Maklumat Pelajar (SMP) dan Sistem Maklumat Staf (SMStaf). Sistem-sistem ini adalah sistem yang dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat bagi menguruskan perihal pelajar dan staf dari sebelum mereka menyertai UTHM sehingga mereka menampatkan samada pengajian atau perkhidmatan di UTHM. Namun demikian selaras dengan pembangunan teknologi berasaskan web sistem-sistem maklumat tersebut secara berperingkat mula disokong dan dipindahkan kepada sistem-sistem sokongan atas talian dan sistem yang paling utama adalah Total Campus Integrated System (TCIS) iaitu sistem gabungan bersepadu yang mengandungi sistem-sistem utama UTHM (SMP/SMStaf), sistem-sistem sokongan yang lain seperti Sistem Aduan Kerosakan dan Sistem Maklumat Peribadi Staf dengan pengurusan keselamatan maklumat yang baru.

TCIS menjadi tunggak sistem maklumat UTHM kerana dengan konsep Single Sign On (SSO) yang mana pengguna akan dapat mengakses hampir semua sistem-sistem maklumat mengikut tahap akses walau di mana stesyen kerja dengan menggunakan satu katanama dan katalaluan sahaja. Ia juga membolehkan sistem di akses walau di mana pengguna berada kerana TCIS adalah satu sistem yang berasaskan web. TCIS boleh diakses melalui laman webnya di http://tcis.uthm.edu.my dan segala pertanyaan berkaitan aolikasi tersebut boleh diajukan melalui alamat emel yang tertera di laman web tersebut.

You are here