Carian

Bahagian Teknikal dan Operasi

E-mail Print PDF

Pengenalan Bahagian Teknikal dan Operasi

Bahagian Teknikal dan Operasi Pusat Teknologi Maklumat UTHM mempunyai 5 bahagian yang berasingan iaitu Unit Keselamatan IT , Unit Rangkaian , Unit Pengurusan Data , Unit Senggaraan dan Unit Inventori.

Unit Keselamatan IT secara keseluruhannya bertanggungjawab diatas keselamatan infrastruktur ICT di UTHM daripada serangan pengodam internet dan virus dari dalam  dan luar UTHM. Selain itu unit ini juga menyelia kesemua server yang diletakkan di Blok A5 , C2 dan BCB (kampus bandar).

Unit Rangkaian pula bertanggungjawab untuk merancang dan membangunkan sistem rangkaian di UTHM mengikut keperluan semasa. Unit ini juga sentiasa mengkaji dan menganalisa sistem rangkaian yang sedia ada untuk ditambah baik bagi memenuhi keperluan fakulti – fakulti dan jabatan – jabatan di UTHM.

Unit Pengurusan Data pula menjaga dan menguruskan semua pangkalan data Oracle yang digunakan untuk sistem aplikasi yang dibangunkan di PTM termasuklah sistem kewangan , sistem maklumat pelajar dan sebagainya.

Unit Senggaraan bertanggungjawab menjalankan kerja – kerja penyelenggaraan komputer mengikut keperluan semasa.

Akhir sekali Unit Inventori bertanggungjawab mengurus, menjaga serta membekalkan semua aset dan barangan komputer termasuk laptop untuk tujuan peminjaman dan sebagainya.

You are here